Thursday, 28 February 2013

Amali Pantun

Amali: Membina instrumen dan bahan bagi (Pilih satu sahaja)

Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Penilaian Kemahiran Membaca

Penilaian Kemahiran Menulis

Pelajar telah memilih Penilaian Kemahiran Membaca. Bahan penilaian ini adalah pantun.


AMALI : PANTUN
NUKILAN: AMIRAH BT AZHAR @
                  miralizza

Orang daik memacu kuda,
Kuda dipacu deras sekali,
Jika ilmu penuh di dada,
Berkongsi selalu agar dirahmati.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Jangan kita hidup melarat,
Pasti binasa diri sama sekali.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Elak terjebak sikap meninggi,
Agar hidup aman sentosa.

Cantik sungguh tudung saji,
Orang Melaka jual di pekan,
Kita jangan saling mengeji,
Kerana itu amalan syaitan.

Dalam taman bercanda si tupai,
Bermain bersama dengan si kedidi,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Kain bercorak berbelang-belang,
Jahitan kemas buatan mama,
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

Wednesday, 20 February 2013

Amali Instrumen Penilaian Projek dan Kertas Kerja


TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Amali: Membina instrumen penilaian melalui projek dan instrumen penilaian melalui kertas kerja.

a. Instrumen penilaian melalui projek

PENGENALAN
  • Projek  ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu  tempoh masa  yang  tertentu.   
  • Biasanya melibatkan  kutipan  serta  analisis  data persediaan  satu  laporan  yang  betul.  Dalam  konteks  kurikulum  sekolah, projek  bermaksud  secara  amali.    
  • Tugasan  ini  boleh  dijalankan  secara individu  atau  secara  berkumpulan  dan  dilaksanakan  dalam  satu  jangka masa yang munasabah.  
  • Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada  tahap hasil disediakan.   
TUJUAN PENILAIAN PROJEK
  • Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
  • Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  
  • Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK
  Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
  Memerlukan jangka masa yang panjang . 
  Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 
  Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
  Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANKAN PROJEK
  • Langkah 1 :  Penentuan tajuk dan skop Projek.
  • Langkah 2 : Penilaian awal projek.
  • Langkah 3 :  Pelaksanaan strategi.
  • Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
  • Langkah 5 : Penilaian hasil projek.


INSTRUMEN PENILAIAN PROJEK

NAMA PROJEK: _____________________________
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.    _____________________________
2.    _____________________________
3.    _____________________________
KELAS: _____________
TARIKH PELAKSANAAN: ______________
TEMPOH MASA: _________
ELEMEN GRED PEMARKAHAN:
Elemen Gred Markah
Gred
Markah
E 1.0 Pemprosesan Fakta


E 2.0 Hasil Kajian


E 3.0 Pengamatan


E 4.0 Penghayatan


JUMLAH MARKAH


GRED KESELURUHAN:

Nama Guru Penilai : ___________________

Tanda Tangan Guru Penilai : ___________________


RUBRIK:
ASPEK
KRITERIA
Keaslian (20%)
·         Projek adalah baik dan berkualiti tinggi.
·         Projek mempamerkan idea kreatif, inovatif dan imaginatif.
Pendekatan (30%)
·         Tujuan projek dinyatakan dengan jelas
·         Pendekatan bersistematik
·         Asas pengetahuan sains, matematik dan teknologi diguna dengan baik
Kebergunaan (30%)
·         Dapat menyumbang kepada pengetahuan sains, matematik dan teknologi
·         Berguna untuk pelajar, masyarakat dan negara
·         Projek adalah relevan dengan masalah yang dihadapi masa kini atau masa hadapan
Persembahan (20%)

·         Persembahan pameran (dokumentasi) adalah menarik dan bermaklumat
·         Penerangan lisan adalah jelas, menunjukkan pemahaman yang baik, serta semangat pasukan yang nyata

GRED PEMARKAHAN
MARKAH
A
5
B
4
C
3
D
1

MARKAH
GRED KESELURUHAN
16-20
A
11-15
B
6-10
C
0-5
D

b. Instrumen melalui kertas kerja

Instrumen Penilaian Kertas Kerja




RUJUKAN:

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar.(1989).Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Borang Penilaian Projek. http://psksksd.blogspot.com/2009/08/borang-penilaian-projek.html
Penilaian Melalui Projek. http://mahirkmm.tripod.com/taksir5.htm
Kertas Kerja. http://eprints.uthm.edu.my/2559/1/INSTRUMEN_PENILAIAN_BAGI_PENGIKTIRAFAN_PENGALAMAN_PEMBELAJARAN_TERDAHULU.pdf

Sunday, 17 February 2013

AMALI Kaedah Penilaian Bahasa

Amali: Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian. Pelajar membentangkan hasil kerja dalam bentuk Tapak Pembelajaran

Sila rujuk link di bawah untuk meneruskan pembacaan anda, Terima Kasih.... :)

Instrumen Penilaian Portfolio

Instrumen Penilaian Pemerhatian


RUJUKAN:


Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar.(1989).Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Wednesday, 6 February 2013

Amali Pembinaan Soalan

Amali: Bengkel membina soalan objektif dan subjektif dengan berdasarkan JSU

Pelajar telah dikehendaki membina soalan-soalan objektif dan subjektif berdasarkan JSU yang telah dibina. Soalan- soalan tersebut dibina dengan menggunakan aras Taksonomi Bloom. Rujuk link berikut bagi meneruskan pembacaan anda. Semoga membawa manfaat buat anda. Selamat membaca!


Set Soalan 


Skema Pemarkahan



Rujukan: 


Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang.(2008).Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Meng.(1998).Pedagogi III: Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Mohamad Sahari Nordin.(2002).Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Mohamed Najib Ghafar. (2001).Pembinaan Analisis Ujian Bilik Darjah.Johor: Universiti Teknologi Malaysia Skudai

Mokhtar Ismail. (2009).Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar.(1989).Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.


Sunday, 3 February 2013

AMALI Ujian Kefasihan, Ujian Kemajuan, Ujian Bakat

Amali: Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat. 

Sila rujuk link di bawah untuk amali ini. Terima kasih... Selamat Membaca....

Ujian Kefasihan

Borang Ujian Kefasihan 

Ujian Kemajuan

Ujian Bakat




RUJUKAN:

Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.



Raminah Haji Sabran.(1985).Jenis Penilaian Bahasa dan Pengujian Bahasa dalam Bilik  Darjah. Retrieved on 1 Februari 2013, from malaycivilization.ukm.my/idc/groups/.../padat_3217.pdf 

Wednesday, 30 January 2013

Pembinaan JSU

Amali: Pembinaan JSU

Rujuk link berikut untuk meneruskan pembacaan anda... Terima kasih..

Amali JSU BM







RUJUKAN:

Ee Ah Meng.(1998).Pedagogi III: Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan daN Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.


Mohamad Sahari Nordin.(2002).Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar.(1989).Pentaksiran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang.(2008).Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka