Sila lihat link di bawah untuk mengetahui tentang sajak dengan lebih lanjut.
Sajak
Contoh Sajak:
TEMA: KEMANUSIAAN
NUKILAN: AMIRAH BT AZHAR @ miraliza
Ibu…
Di kala
kukesepian
Dikau
menemaniku,
Dikau
pembakar semangatku,
Dikau
sumber inspirasiku…
Suaramu,
auraku
Watakmu,
personalitiku
Gayamu,
idolaku
Ibu sumber
tunjang kehidupanku…
Tikaku bersedih,
tikaku gembira
Kata
azimatmu bekalanku,
Usai masa
kian berlalu,
Kian masa
menjengah senja
Ibu setia
di sisi permatanya..
Oh, ibu…
kasihmu
tiada penghujungnya
kasihmu terlalu
agung di mata dunia
kasihmu
tak terbalas olehku,
Ibu, dikaulah
permata hatiku.
Semoga
Allah selalu melindungimu,
Semoga
segala impianmu terwujud
atas
kehendakNya..
Kasih
sayangku untukmu selalu,
walau tak
terlukiskan,
Namun
selalu tercipta untukmu…
Rujuk link berikut untuk melihat instrumen penilaian aktiviti bahasa bagi aktiviti Sajak di atas.
Instrumen Penilaian Aktiviti Bahasa - Sajak
Tujuan Kemahiran Lisan
- menyebut perkataan atau ayat dengan betul
- melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain
- untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak dll.)
- melatih muird berkeyakinan dan percaya kepada diri
- membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang luas
Penilaian lisan membolehkan guru:
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz
- mengesan kelancaran dalam sebutan
- mengesan amalan dan sikap murid serta-merta
RUJUKAN:
Tuan Jah Tuan Yusof, Faridah Nazir.(2012). Pentaksiran Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar.(1989).Pentaksiran
dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd
Sajak. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=NOTA
Bimbingan berkarya-puisi moden. http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=874&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1
No comments:
Post a Comment
Post A Comment: