Thursday, 28 February 2013

Amali Pantun

Amali: Membina instrumen dan bahan bagi (Pilih satu sahaja)

Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Penilaian Kemahiran Membaca

Penilaian Kemahiran Menulis

Pelajar telah memilih Penilaian Kemahiran Membaca. Bahan penilaian ini adalah pantun.


AMALI : PANTUN
NUKILAN: AMIRAH BT AZHAR @
                  miralizza

Orang daik memacu kuda,
Kuda dipacu deras sekali,
Jika ilmu penuh di dada,
Berkongsi selalu agar dirahmati.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali,
Jangan kita hidup melarat,
Pasti binasa diri sama sekali.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Elak terjebak sikap meninggi,
Agar hidup aman sentosa.

Cantik sungguh tudung saji,
Orang Melaka jual di pekan,
Kita jangan saling mengeji,
Kerana itu amalan syaitan.

Dalam taman bercanda si tupai,
Bermain bersama dengan si kedidi,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Kain bercorak berbelang-belang,
Jahitan kemas buatan mama,
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

No comments:

Post a Comment

Post A Comment: